Friday, October 29, 2010

Misha a.k.a Boy episod 5


Seawal jam 9 pagi henpon Shima berdering. "SMS entah dari siapa pagi2 ni?" rungut Shima.

-Shima,

"herm, Boy." Shima keliru ingin mentafsirkan rasa apa yang ada dalam jiwanya sekarang bila menerima SMS dari Misha. Gembira? Marah? Menyampah?

-kenapa?

-terasa nak SMS awak.

-kenapa?

-x boleh ke?

-awk kan bz.

-ye, bila tak bz sy SMS la.

-hahaha. macm tu rupanya. yela2. awk singgah la kejap kt hati sy ni. kalau bz, awk bole pergi. sy ok je.

-knp awk cakap macam tu?

-eh? apa? sy dh salah cakap ke?

-xde. buat apa tu? x rindu sy? sy rindu awk.

saat ni seperti biasa, Shima cair dan hanyut.

-sy sntiasa rindu awk. cuma tak pasti awk rindu sy ke x. tp sy ttap terus rindu. haish. itulah mslh sy.

-jangan jdkan sy masalah awk.

-dah terlambat.

-sy x layak pn nk jd sbhgn dr masalah awk.

-ye. itu hakikat. tp awk taulah, bila bknaan ht n emosi, manusia bodoh mcm sy ni takut nk mengaku kebenaran.

-manusia mmg xsuka kebenaran. termasuk sy.

-kebenaran itu pahit.

-tp tpksa telan.

-sy benci nk telan. sakit. boleh tercekik.

"ish. kalau dibiarkan, sesi SMS ini mesti ke laut. aku sepatutnya sedang marah dan merajuk!" berkata Shima dalam hati.

-awk, sy nk g mandi. pastu ada keje sikit. len kali msj. bai.

-erm.. ok.

Misha akur. Dia tahu Shima masih panas hati.

"haish. susah2...." keluh Misha menggeleng kepala.


bersambung............

Thursday, October 21, 2010

Misha a.k.a Boy episod 4


"Shima, awak ok tak ni?"

"apasal dtg opis saya ni? saya ok je la. kalaupun saya tak ok, apa kena mengena dengan awak?" jawab Shima sedikit menengking lalu menunduk kembali kepalanya berpura2 fokus dengan fail2 di atas meja.

"hah? erm, saya call semalam awak tak angkat. SMS pun x reply. kenapa? marahkan saya? boleh kita turun kejap? teman saya lunch."

"malas lah. saya dah kenyang. awak pergi la makan sorang2. ok?"

"Shima, janganlah macam ni. Err..Saya ada benda penting nk bagitau awak ni. jom la..." pujuk Misha sambil mengusap2 bahu Shima.

Shima memang mudah cair dengan apa jua cara pujukan Misha.

"Bila hati dah sayang,.." bisik Shima dalam hati.

" lagipun, ada perkara penting ingin dibicarakan Boy. Manalah tahu, Boy sudah berubah fikiran" bisiknya lagi.

*****************************************************

"Awak, thanks teman saya makan. Masih marahkan saya?"

"Siapa marahkan awak?"

"Saya rasa awak marahkan saya sebab kes hari tu. kalau tak, takkan la awak x angkat fon. kan? Shima, kita dah lama kenal. saya tau bila masa awak marah, gembira dan sedih. saya tahu."

"Awak tahu, tapi awak tak faham. kan?" soal Shima seolah memerli.

"Erm, awak... kelmarin saya jumpa Azman. Dia kirim salam kat awak. Dia cakap dia rin.."

"Boy, kalau itu perkara penting yang awak nak cakap, just stop it! Saya tau la apa awak cuba lakukan. Dah cukup saya bertahan awak taknak terima saya, tapi tak payahlah nak sibuk2 jodohkan saya dengan orang lain. saya tak suka!" bentak Shima sambil bangun dari kerusi lalu terus meninggalkan Misha.

bersambung....

Monday, October 11, 2010

Misha a.k.a Boy episod 3


"ish. gua tak sedap hati la Lan."

"apesal plak lu ni Boy? jangan cakap lu nak balik pulak! baru sejam kita sampai der!"

"bukan. ni ha Shima tak jawab pun bila gua kol. apesal entah."

"elo der, lu ada salah cakap lagi ke kat dia? haha. tak habis2 korang dua ni. nak kata bercinta, takde la pulak. tapi...."

"tapi apa? "

"tapi asyik gaduh lah!"

"entah2 dia terasa hati sebab hari tu punya kes. alah, ni yang susah ni kalau dah terus terang. gua cakap benda yang betul je pun!"

"apa nye? benda yang sama la tu kan? lu suruh dia lupakan perasaan dia kat lu? berapa kali dah gua suruh ikut cakap gua, lu tamau."

"apa dia? yang lu nak gua tinggalkan dia?"

"ye ah! senang. habis cerita!''

"gila! Shima bukan nya macam minah lain der. gua kenal dia pun bukan dekat port2 kita. gua nak kawan je pun. kawan rapat. lu paham tak?"

"lu cakap memang senang der. lu tatau yang dia tu dh macam angau dekat lu. lu cakap tanak terima cinta dia, tapi lu masih caring. dats why la dia masih mengharap."

"alah. dh memang gua macam ni. caringmaring. nak buat macam mana. ish."

"gua tau lu pun ada feel dkt dia kan?"

"hah? err..."

"haha sudah la. malas la gua nak fikir. rokok dh habis sedut. jom masuk. menari sampai muntah! haha.



bersambung...

Misha a.k.a Boy episod 2


"Misha! dah lama tunggu ke?" tanya Azman setelah menepuk bahu Misha sedikit kasar. Azman memang sudah biasa berkasar dengan Misha. itu pun kerana Misha sendiri yang minta.

"Berapa kali aku nak kasi warning kat kau hah?" bentak Misha dengan nada sedikit marah.

"Eh? oh ok. lupa.sori ah wei. kita bukan selalu lepak sejak lepas aku berhijrah ke London masa sekolah dulu. mana lah aku nak ingat kau ni prefer dipanggil Boy. hehe. Encik Boy yang hensem lagi macho, dah lama tunggu? hehe." senyuman sinis mengejek jelas nampak di wajah Azman.

" tak payah la nak melebih2 Man. menyampah doh. lama la jugak aku tunggu ni. macam tunggu minah tengah mekap. bodoh la. asal lama sangat?"

"alah, bos aku tu berat sangat nak kasi lepas awal. ada je benda yang dia suruh aku buat. ye lah, aku ni kan pekerja terbaik. haha!" seloroh Azman.

Misha mencelah. "ceh. turun kerja pun pukul 9 tiap2 hari, ada hati nak ambik title pekerja terbaik. blah la lu!. kau amacam sekarang? ada projek baru? dengar cerita ada job bawah KRU? kaya lah kau! belanja aku nanti hoi!"

"kaya apa nya? belum start pun lagi. aku tak paham sebenarnya dengan Yusry tu. diorang kan dh terer pasal grafik2 semua ni. perlu ke khidmat pereka grafik lain macam aku ni? membazir duit je. hahaha!"

"hoi! gila tak bersyukur kau ni! elok la tu. masyuk kot! cis. aku tak kira. nnt dh dapat habuan, belanja aku hoi! paham?"

"yela2. eh. lupa nak tanya. kau nak sangat jumpa aku ni kenapa? dah takde henfon ke? ish. panas la lepak kat kedai mamak ni. kalau malam syok la jugak!" Azman boleh dikatakan seorang yang obses dengan suasana sejuk. lebih2 lagi dalam bilik berhawa dingin. panas sedikit, Azman jadi tak tentu arah. almaklumlah, sudah bertahun2 tinggal di negara bersalji.

"cis. kerek nak mampus mamat sekor ni. kejap je la. aku pun ada kerja lain. ni ha aku nak bagitau. minggu depan hari Sabtu birthday Shima. kau taknak sambut ke? buat lah surprise. bila lagi nak masuk jarum? haha. dah. itu je aku nak cakap."

"hah? betul ke? adus. ini peluang baik. aku nak buat surprise gila2 dekat dia ni. apa kata..... aku melamar dia?"

"err.. hoi! bapak awal! kau gila? baru berapa bulan kenal. haha!" kata Misha disusuli dengan gelak tawa terbahak2 yang seolah2 dibuat2.

"nak melamar jadi awek la, bukan bini. bodoh tol. kau ingat aku ni desperado ke? haha. eh tapi apasal kau macam tergagap2? takkan kau syok kat dia kot? taknak kasi aku tackle plak? haha."

"nak kena hempuk dengan helmet keras aku ni? bangang betul ayat kau ni bro!. dah2. kau buatlah apa yang patut. aku nak bagi kau peluang je ni. aku blah dulu weh. banyak lagi gambar aku tak cuci ni."

"eleh. buat2 busy la tu. kau yang sepatutnya belanja aku Boy. busy memanjang. hari2 ada je orang tempah kau. macam la takde fotografer lain kat Malaysia ni. apalah diorang tu! ahaha!"

"kepala hotak kau. nak tutup rezeki aku la tu kan? cis. dah aku blah dulu. selamat jalan romeo." Misha memecut motor besarnya yang mengeluarkan kepul2 asap hitam yang boleh dikatakan seperti asap lori.

"ceh minah sorang ni. tak sempat langsung aku nak sampaikan salam dekat Shima, " keluh Azman bermonolog dalam hati.

bersambung..........


Sunday, October 10, 2010

Misha a.k.a Boy episod 1


‎"awak percaya tak kalau saya cakap dengan merokok, idea penulisan awak akan mencurah2 keluar dari otak?" tanya Misha kepada Shima.


‎"tapi awak, saya tak fahamlah. kenapa awak sejak kebelakangan ni beriya2 suruh saya try rokok buatan ni?" tanya Shima lembut.

‎"awak, saya suruh cuba sahaja, CUBA. ini bukan boleh buat awak sakit. malah ada fakta baru mengatakan rokok boleh panjangkan umur." tutur Misha yang lebih popular dgn panggilan Boy di kalangan rakan2 pengkidnya.

"tapi kan awak, dulu awak dh janji nak berhenti merokok. awak kata, demi saya awak akan berhenti. tapi sekarang? awak tak tahu yang saya sayang awak? atau, awak dah tak perlu saya?" bait2 kata yang keluar dari mulut Shima hampir2 tidak kedengaran mewakili kekecewaan di hati luhurnya.

Misha a.k.a Boy menghabiskan sisa2 akhir rokoknya lalu memegang bahu Shima seraya berkata dengan nada lembut, "Shima, dengar sini sayang.. kenapa awak masih tak nak ubah perasaan awak pada saya? dulu jugak kita dah janji yang awak takkan ada apa2 rasa dekat diri saya lagi. kan? jangan macam ni. tolonglah. saya hormat awak. janganlah.. please.."

‎"jadi betullah awak dh tak perlu n tak sayang saya lg Boy? tapi kenapa?" tanya Shima seakan2 tidak dapat menerima situasi yang sedang dialaminya.

‎" sayang. tapi saya tak pernah anggap awak macam perempuan2 lain yang pernah saya jumpa. awak terlalu baik untuk saya. saya suruh awak merokok pun awak tak pernah terpengaruh. itu sudah cukup untuk bukti awak memang perempuan baik," tangan Shima diusap lembut.

Shima bingkas bangun dari labuhan punggungnya lalu menarik tangan Boy menuju ke seberang jalan NZ curry house tersebut.

"
ok. sekarang bagi saya rokok tu. biar saya hisap. kalau itu boleh buat saya nampak cocok dengan awak. bagilah!" ucap Shima sedikit menjerit. tepat ke wajah Misha yang tampak keliru dengan perbuatan seorang perempuan yang dihormatinya itu.

‎"okey2. maafkan saya. saya mungkin sedikit kasar dengan awak td. maaf Shima. lepas ni saya takkan paksa awak cuba merokok lagi. tapi untuk itu, saya jugak nak awak lupakan semua perasaan awak dekat saya. boleh?" pinta Misha.

Shima diam. membisu. langsung hatinya semakin kecewa mendengar kata2 yang jelas tidak pernah langsung diharapkan dari mulut Misha.

‎"awak, jom saya anta awak kat kereta. park kat mana? Wangsa Walk kan? jom!" seperti biasa tangan Shima dipimpin lembut. itu seperti sudah menjadi kebiasaan buat Misha a.k.a yang menganggap dirinya sebagai seorang yang protective trhdp insan2 yang disayanginya.

"okey. awak drive elok2 okey? sampai rumah bagitau saya. esok saya nak pegi jumpa Azman.ada projek baru nak discuss. taknak kirim salam?" meleret2 senyuman Misha. Azman rakan sekelas Misha semasa di sekolah menengah. dan Misha tahu benar yang Azman cukup meminati Shima. Misha kini seolah2 melantik dirinya sendiri untuk menjadi perantara di antara Azman dan Shima. walau dia tahu Shima tidak langsung ada rasa suka terhadap Azman.



bersambung............

Friday, October 8, 2010

bulan tak berduka bintang bersama



AWAK! buku ini bukan sebab saya dah beralih arah. ini sebab terlalu mencintai awak. menunggu awak datang. sampai takde keja. n terciptalah satu karya yakni cerpen. yang akhirnya dipilih oleh pihak AmirMuhamad utk diterbitkan. =) sshhh... baca senyap2 tau. hehe. seronok tau. letak kat sini pun berharap. mana la tau ada pembaca2 yang nak beli. hehe. RM20 je ni. =)

************************************************************************************

hai awak. sekarang saya sihat.oke. sangat sihat. bulan 10 yg mcm gembira sangat. sebab, dua je.
satu, sebab buku puisi saya (yg bnyk terinspirasi dari kisah kita) dh siap. ini edisi yang kedua. nak tengok? hehe.


RM5 je. awak nak beli? :)



Thursday, October 7, 2010

bulan resah bintang mendesah


awak yang saya rindui, ada orang cakap, saya saj2 bermain kata2 kt sini. n awak tak wujud. hahaha. ingt saya xde keje lain ke? hanya tuhan, saya dan awak je tau kewujudan dunia kita. kan?

*****************

awak, saya ada puisi baru untuk awak. dekat sini. baca okeh? =)

*********************

diskiu: nak baca balik post pertama sampai yang ini. =)

Wednesday, October 6, 2010

bulan rindu, keliru. bintang jauh, nak jumpa.


awak, trimas sebab angkat fon masa sy kol ptg tadi. sy gembira. tapi tetiba jadi sedih bila awak cakap, awak takkan datang sini lagi. ish.

saya beli banyak coklat kegemaran awak sebab ingtkn kalau2 awak dtg, saya boleh la kasi. saya rindu awak sangat2. tapi awak cakap, maaf. tu je.

huhu. awak, lepas awak layan saya macam istimewa, kenapa awak blah je macam tu ek??

ish. heran tol lah.. benci ada jugak. tapi sayang pun ada. apekah????

pastu awak cakap, "xpe, nnt sy turun KL kita jupe ok?"

sy tanak jupe awak. sebab saya tak sedia. n rasa janggal. rasa macam pelik. kalau saya tak kol awak tadi, memang tak ah awak nk ingat saya kan??? err.....

awak., saya ada benda nak kasi. tapi tamo jupe. saya rindu. tapi xmo jupe. tapi, tapi,.... issshhh..

banyak tapi yang saya tatau apa sebenarnya.


diskiu: nak peluk. err,,,

Tuesday, October 5, 2010

bulan tak beradu, bintang tak berlagu.


malam ini saya nangis. sebab fikirkan awak. masa lalu awak, masa sekarang, dan masa depan awak.

tatau la kenapa sy perlu nanges. sebab saya rasa dia tak sesuai untuk awak, tp saya diam je. kot?

saya hormat pendirian awak. tp maaf nak cakap, pendirian saya yg dh goyah. td saya terima buahtangan dari seseorang. dan saya hanyut. sebab fikirkan awak? ntah la.

maaf wak. saya tak kuat. tidur malam ini berteman vanillanikotina.


diskiu: nak bunuh semua org yg dh sakitkan awak. -___-

Saturday, October 2, 2010

bulan sendiri bintang menyepi


malam tadi meriah sangat. tu yang sampai bangun jam 12 dan lupa ada kelas otomotif jam 10. argh! serabut la mcm ni.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

alangkah indahnya kalau ada awak dkt sebelah saya. boleh la kejutkan saya bangun pagi. tapi, boleh ke saya bangun kalau dh tidur dlm kehangatan pelukan awak? memang tak ah. hehe

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

awak, malam ni saya kena baca kat Frinjan. awak ada sana x? alah, roh awak pn xpe. huhu~
saya kena drive sendiri dr gombak ni. awak teman saya ok? hantar roh awak jaga saya ok? =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

semalam ada orang tanya saya, awak ni siapa. tapi saya senyum je. sebab apa?sebab bila saya tanya awak, awak pun senyum lebar je kan? (sampai saya tatau awak maksudkan apa sebenarnya -__-)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

awak rasa kan, malam ni semuanya berjalan lancar x? saya kalau boleh nak awak sentiasa doakan saya tau. cukup2 la untuk dia oke. hehe.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

rasanya satu dosa ke kalau saya harap status perhubungan kt fb awak nnt bertukar 'single'? @ 'separated?' hehe. (ye, sy memang kejam kalau bab2 ni)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

diskiu: berkasih dengan bayang2.

Friday, October 1, 2010

bulan dinyala bintang berasap


baru lepas main bunga api. hari ini macam2 dalam fikiran saya. awak? ada lah sikit2 datang dalam kepala otak. mana boleh lupa kot. ish awak ni. tanya pulak!.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kerja sekolah banyak tapi mata ngantok. penat jugak photoshoot bunga api td. haha.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

awak, nanti hari sabtu saya baca kat Frinjan awak datang x?? ermm....


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

semalam tak mimpi awak. mimpi adik saya punya lidah putus kena gigit buaya. ish. ngeri tol.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

diskiu: kanak2 riang (sebab main bungaapi td)

p/s> tak banyak cerita pasal awak? hah! xfaham lagi? -___-