"awak percaya tak kalau saya cakap dengan merokok, idea penulisan awak akan mencurah2 keluar dari otak?" tanya Misha kepada Shima.
"tapi awak, saya tak fahamlah. kenapa awak sejak kebelakangan ni beriya2 suruh saya try rokok buatan ni?" tanya Shima lembut.
"awak, saya suruh cuba sahaja, CUBA. ini bukan boleh buat awak sakit. malah ada fakta baru mengatakan rokok boleh panjangkan umur." tutur Misha yang lebih popular dgn panggilan Boy di kalangan rakan2 pengkidnya.
"tapi kan awak, dulu awak dh janji nak berhenti merokok. awak kata, demi saya awak akan berhenti. tapi sekarang? awak tak tahu yang saya sayang awak? atau, awak dah tak perlu saya?" bait2 kata yang keluar dari mulut Shima hampir2 tidak kedengaran mewakili kekecewaan di hati luhurnya.
Misha a.k.a Boy menghabiskan sisa2 akhir rokoknya lalu memegang bahu Shima seraya berkata dengan nada lembut, "Shima, dengar sini sayang.. kenapa awak masih tak nak ubah perasaan awak pada saya? dulu jugak kita dah janji yang awak takkan ada apa2 rasa dekat diri saya lagi. kan? jangan macam ni. tolonglah. saya hormat awak. janganlah.. please.."
"jadi betullah awak dh tak perlu n tak sayang saya lg Boy? tapi kenapa?" tanya Shima seakan2 tidak dapat menerima situasi yang sedang dialaminya.
" sayang. tapi saya tak pernah anggap awak macam perempuan2 lain yang pernah saya jumpa. awak terlalu baik untuk saya. saya suruh awak merokok pun awak tak pernah terpengaruh. itu sudah cukup untuk bukti awak memang perempuan baik," tangan Shima diusap lembut.
Shima bingkas bangun dari labuhan punggungnya lalu menarik tangan Boy menuju ke seberang jalan NZ curry house tersebut.
"ok. sekarang bagi saya rokok tu. biar saya hisap. kalau itu boleh buat saya nampak cocok dengan awak. bagilah!" ucap Shima sedikit menjerit. tepat ke wajah Misha yang tampak keliru dengan perbuatan seorang perempuan yang dihormatinya itu.
"okey2. maafkan saya. saya mungkin sedikit kasar dengan awak td. maaf Shima. lepas ni saya takkan paksa awak cuba merokok lagi. tapi untuk itu, saya jugak nak awak lupakan semua perasaan awak dekat saya. boleh?" pinta Misha.
Shima diam. membisu. langsung hatinya semakin kecewa mendengar kata2 yang jelas tidak pernah langsung diharapkan dari mulut Misha.
"awak, jom saya anta awak kat kereta. park kat mana? Wangsa Walk kan? jom!" seperti biasa tangan Shima dipimpin lembut. itu seperti sudah menjadi kebiasaan buat Misha a.k.a yang menganggap dirinya sebagai seorang yang protective trhdp insan2 yang disayanginya.
"okey. awak drive elok2 okey? sampai rumah bagitau saya. esok saya nak pegi jumpa Azman.ada projek baru nak discuss. taknak kirim salam?" meleret2 senyuman Misha. Azman rakan sekelas Misha semasa di sekolah menengah. dan Misha tahu benar yang Azman cukup meminati Shima. Misha kini seolah2 melantik dirinya sendiri untuk menjadi perantara di antara Azman dan Shima. walau dia tahu Shima tidak langsung ada rasa suka terhadap Azman.
bersambung............
No comments:
Post a Comment