Sunday, November 14, 2010

Misha a.k.a Boy episod 10



"hello, makcik! hehe. awal sampai?" sergah Anum dari belakang. Shima yang dari tadi melayan perasaan dengan biskut Tiger cicah milo, tersentak.

"biasa je la. u yang lewat ni kenapa?" Shima sedikit hairan kerana jarang2 sekali Anum datang lewat ke pejabat.

"alah, bukan hari Isnin pun. ni semua salah u." secara tiba2 nada dan raut wajah Anum berubah menjadi sedikit serius.

"eh eh? apesal lak?" soal Shima kehairanan.

"ye la, buat birthday parti hari Isnin. malam pulak tu. bila i kenyang, memang berat la nak bangun awal pergi opis. haha!" seloroh Anum.

"laa, ada2 je u ni. nasib bos tak cari u." Shima mengurut2 dadanya.

"alah, i tau la. bos kan strict hari Isnin je. hehe," bisik Anum sambil kepalanya menoleh ke kiri kanan takut2 ada kelibat bos.

Shima senyum melihat telatah Anum. Anum memang belum pernah gagal menceriakan hari2 rakan2 sepejabatnya. Ada sahaja telatahnya yang menghiburkan hati mereka.


**********************

"Maaf la Joe, aku tak boleh ambik la job tu. berat. aku tengah serabut. banyak kerja, problem. haish." Misha cuba menolak pelawaan Joe.

"Eh Boy. Tapi aku suka hasil kerja kau beb. lagipun ini sepupu aku punya wed. Kau pun dah kenal Azlin kan? Yang lagi satu tu kebetulan kawan dia punya majlis cukur jambul baby. hari Ahad esoknya. Aku tau kau boleh buat punya lah. Kau boleh stay umah sewa Azlin yang kosong tu.

Joe merupakan salah seorang klien Misha a.k.a Boy. semenjak Joe menggunakan khidmat Misha untuk menjadi fotografer di majlis perkahwinannya,Joe selalu rekemen Misha kepada ahli keluarga dan kawan2nya yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Joe juga selalu mempelawa Misha lepak-lepak di kedai bukunya. Ini kerana dia tahu Misha minat membaca. Dahulunya, Joe seorang penulis. Lebih tepat, novelis. tetapi dia sekarang sudah buka syarikat sendiri. Syarikat penerbitan buku.


"Aku kenal. Tapi biar aku fikir dulu okey?"

"Erm, ok. Harap2 kau nak lah. Lagipun, Kuching tu best what. since kau cakap yang kau tengah serabut, aku boleh je ajak kau pergi jalan2 makan angin.Hilangkan serabut kau tu sikit. hehe."

"Hah? Macam2 lah kau ni Joe,"

"Hah! Makan seafood pun best!. Amacam?" cadang Joe lagi.

Misha hanya tersenyum pahit.

"Erm, takpelah. kalau ada apa2, kau call je aku ok? Tapi memang serius aku tak fikir siapa2 dah bila Azlin suruh aku rekemen kan fotografer untuk wed dia tu. Kau je dalam kepala otak aku ni. haha. Ok beb. Aku gerak dulu. Bye!" Joe berlalu keluar dari kedai Misha.

"Ok Bye."

"Betul apa yang Joe cakap tadi tu. Aku rasa aku perlu pergi suatu tempat untuk tenangkan fikiran. Haish. Masalahnya, entah apa yang serabutkan aku pun aku tak tau," berkata Misha dalam hati. Dia sebenarnya sangat tidak pasti sama ada apa yang difikirannya adalah sama seperti apa yang ada di dalam hatinya. Benarkah dia tak mengetahui apa yang telah serabutkan kepalanya? Tiada jawapan.


bersambung.............

Thursday, November 11, 2010

Misha a.k.a Boy episod 9


"Assalammualaikum Shima, Happy Birthday!" Anum menghulurkan tangan lalu memeluk Shima.

"Waalaikummussalam Anum, Rosdi. Thanks lah datang. Amboi, datang berdua nampak." senyum Shima sinis.

"Masuklah ye. Buat macam rumah sendiri. U ni mesti dah lapar kan, Anum??" perli Shima.

"Eh. Mestilah. Kenyang buat apa datang.hahaha~"

"Ceh!"

Entah dari mana Rubi datang mendapatkan Shima yang tegak berdiri di depan pagar seraya bertanya, " Eh Shima. semua dah sampai ke tetamu hang ni? dok tunggu siapa lagi tu?"

"Err... Hang jemput Boy kan? dia tak datang ke?" soal Shima tergagap2.

"Hah. tunggu jugak rupanya.ingatkan dah marah sangat. tak tau lah. dia kata inshaAllah ja pun. sat lagi kot. jalan jammed kot. lagipun baru pukui 8 ni. on the way la tu. awat tak SMS ja? call ka? kan senang." jawab Rubi panjang lebar.

Rubi tahu segalanya tentang Shima dan Misha a.k.a Boy. Walau kelihatan agak konservatif, Rubi bukanlah seorang yang menafikan hak Shima untuk berbuat apa yang Shima suka. lagi2 bab2 peribadi.Dia tahu betapa Shima menyayangi Misha yang dianggap sebagai satu2nya 'lelaki' yang telah menambat hatinya.

"Hang lah SMS dia." Shima menghulurkan henponnya.

"Ish hang ni. taip mesej pun dah tak reti?"

Rubi lantas menekan2 keypad henpon itu dengan muka yang serius. Dalam masa kurang dari 5 minit, kedengaran tona bunyi SMS masuk. setelah merenung sejenak apa yang sedang dibaca, Rubi menghulurkan kembali henpon ke tangan Shima.

"Nah. Baca." serta merta Rubi berlalu masuk ke dalam rumah.

Kelakuannya menimbulkan rasa pelik di hati Shima. Shima meneliti kiriman SMS balasan dari Misha.



Ini siapa? I gf Boy. Dia bz. Ada pesanan?


Hati Shima hancur luluh. Dan malam itu Shima merasakan, adalah malam sambutan harijadi yang paling malang baginya.

*****************************************

"Angie? Hey, dari mana pulak u muncul ni?" soal Misha kehairanan.

"Dari luar lah. Patutlah tak reply SMS. Mandi rupanya." senyum Angie.

Dengan hanya berbaju T dan tuala, Misha duduk di sofa ruang tamu lalu mencapai henpon di atas meja kaca.

"Angie, U baca SMS i ke td?" soal Misha.

"Erm ye lah. tak boleh ke? Sejak bila pulak u berahsia sangat?" soal Angie kembali.

"Itu barang i. Personal. tak payah la nak sibuk2. Okey?" Misha meninggikan suaranya.

Tidak sampai lima belas minit Misha ke tandas, Angie sudah memandai2.

"Kenapa ni Boy? U marah sebab i masuk ke? I'm Sorry. Pintu rumah u tak kunci tadi. I takut jadi apa2 kat u, I pun masuklah." tangan Angie lembut megurut2 bahu Misha.

"U, i serabutlah!. U balik lah oke?. I banyak kerja ni. Lain kali datang rumah i boleh tak bagitau dulu? Rumah i tempat i nak bersendiri. tak suka orang datang2 la. I banyak kerja nak buat. serabut. I mintak tolong sangat2, u balik oke?" pinta Misha dalam nada sedikit tegas tetapi penuh hormat.

"Tapi i bosan lah kat rumah." ucap Angie dengan nada manja.

"No, i bz ni. tolong faham. Jangan sampai i halau u keluar," Misha bangun dari kerusinya lalu memandang tepat ke muka Angie.


Misha sebetulnya tidak faham dengan perangai Angie. Dia mengenali Angie di bar. Angie baru beberapa minggu putus dengan tunangnya yang juga berketurunan Cina seperti Angie. Dulu semasa Misha beriya2 mengejar Angie, dia diperlakukan seperti tahi. dipandang jijik oleh Angie. tapi setelah Angie tak punya siapa2, lantas dirinya menjadi tempat untuk mengadu kasih. Bagi Misha, itu adalah keterlaluan. Sekali insan sepertinya dihina, langsung tak mudah untuk dia memaafkan.

Setelah Angie berlalu pergi, Misha membelek2 henponnya. "Entah apa yang si Angie ni balas ke Shima. haish!" Misha menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. memang Misha berniat nak ke birthday party Shima. Malah hadiah juga telah dia sediakan. Tujuannya untuk memohon maaf kerana tidak wish birthday. Tapi nampaknya Misha terpaksa membatalkan niatnya untuk ke parti Shima. . Semua kerana Angie. Dia pasti Angie sudah menghantar SMS yang bukan2 kepada Shima.Lagipun dia pasti, kehadirannya bakal menghilangkan mood ceria Shima di parti itu nanti.


"Macam manalah boleh lupa kunci pintu tadi.." keluh Misha.



bersambung....

Wednesday, November 10, 2010

Misha a.k.a Boy episod 8



"u mesti datang tau? i buat ni pun untuk kawan2 opis je. kecil2an je hehe," sengih Shima.

"Eh, mesti la. Ini Anum la. Bab2 makan free memang tak tolak la makcik!. haha! Nanti i pakai cantik2 macam artis perasan Diva tu! ehem! haha!" balas Anum.

Anum rakan sekerja Shima. Editor majalah hiburan. Gosip2 artis memang sudah sebati dalam kotak fikirannya. Ada saja artis yang menjadi mangsa perli nya. Kalau dulu, bukan main merungut si Anum apabila ditukarkan ke bahagian hiburan. Tapi setelah hampir setahun, mulutnya tak berhenti2 bercakap tentang artis.

"Elok lah tu. I memang nak gemukkan u haha. Eh? taknak balik ke? Overtime?" soal Shima. Jarum sudah lebih 10 minit menunjuk ke arah nombor lima. Waktu pejabat sudah pun tamat.

"U balik lah dulu. Adik i tak call lagi ni. Nak kena teman dia pergi beli barang kejap."

Anum memang cukup ambil berat dengan adik bongsunya yang baru seminggu mendaftar di kolej KLMU. Al maklumlah, budak baru setahun jagung di KL, memang patut lah si Anum selalu risau tentang kehidupan baru adiknya.

"Ok. Jangan lambat pulak datang rumah i." ujar Shima sambil mengukir senyuman.

*********************

"Ramai ka yang datang sat lagi ni? Cukup tak ni? Ke nak aku rendam mihun tu lagi?" soal Rubi bertubi2.

"Tak ramai pun. Budak opis aku je. 20 Orang je kot. ke kau ada jemput kawan2 kau jugak?" soal Shima kembali.

"Eh, dak aih. Ini bukan birthday party aku. haha. Aku jemput Boy ja."

"hah? Weh, asal hang ajak dia? Aku gaduh la dengan dia! adus."

"Laaa... mana la aku nak tau. terjumpa dia dekat cold storage pagi tadi. aku habaq la. aku ingat hang terlupa ka apa ka.Pasepa hangpa gaduh weh?"

"takde apa lah. haish." serta-merta hati Shima jadi panas bila terbayangkan muka Misha.

Tahun ini sambutan hari lahir Shima tidak seperti tahun yang sudah. Misha a.k.a Boy semacam sudah tidak mempedulikan hari bahagianya itu. malah tiada langsung ucapan atau kiriman SMS dari Misha untuknya. Kalau dulu, Misha lah orang pertama yang ingat tarikh keramat itu. Masih terbayang2 kenangan lama mereka berdua. Saat itu, tepat jam 12 malam, henfon Shima berdering. Panggilan video dari Misha sangat menggembirakannya. Apatah lagi dengan lagak romantik Misha mendendangkan lagu "Selamat ulang tahun sayang" dengan piano kesayangannya.Malam dirasakan begitu indah.

"Mengapa tidak aku rasakannya lagi?" bisik Shima dalam hati.

"Weh, hang dok ngelamun apa? Pi beli ais!" suara jeritan Rubi dari dapur buat Shima tersentak dari lamunannya.



bersambung...

Thursday, November 4, 2010

Misha a.k.a Boy episod 7



Helo.

Helo, Boy. Buat apa tu? lepak jom. bosan lah.

Hah? sejak bila time kau bosan pandai nak ajak aku keluar pulak ni? kelakar doh!

aku serius la. bosan!

Yeke? tapi bunyi kau ni macam ada problem je. kan?

Err, lu ni Misha. dari dulu memang macam ahlil nujum tahu? ye. ada problem sikit. jom ah lepak. aku belanja mamak. oke?

Amboi. asal aku je, mamak. asal mamak je aku. ok2. kau belanja kan? aku no hal. haha. 20minit boleh? nak mandi la. panas ni. haih.

Cepat ah sikit. jumpa kt mamak bawah kondo kau. oke?

ok. no hal.


*********

"Haaa.... pe cer bro? buat terkejut aku je.sedap2 aku layan muvi tadi. haih. kacau betul!". Memang sudah menjadi rutin Misha menonton DVD setiap malam Ahad sebelum tidur.

"jap ah. order dulu.... Ane!" teriak Azman memanggil mamat pelayan sambil mengangkat tangan yang bisepsnya boleh tahan besar. Siang malam Azman lebih selesa mengenakan baju tanpa lengan. Azman memang obses dengan badan sendiri. nak nampak macho katanya. tapi awek sorang pun tak pernah ada.

"aku rasa mamat tu Melayu la. asal kau panggil ane? haha." gelak Misha.

"ah. peduli apa. Nama pun kedai mamak. yang pergi tibai ambik budak Melayu kerja tu asal? hahaha" sambung Azman ketawa berdekah2.

"Ye bang? Order?" soal mamat pelayan dengan santun.

"hah. Kau nak apa Boy?"

"Erm, Teh tarik kurang manis. Roti Canai telur dua."

"Ceh. Sial. Buat muka serius pulak order. Aku hempuk kang!"

"Hahaha. mesti la Serius. Orang nak belanja kan? haha."

"Yela. Ane! Eh, adik. Aku nak Teh O ais limau. Makan tanak."

"Ok bang!" kata mamat pelayan sambil membuat isyarat 'thumbs up'.

"Bro, lu agak2 ah nak guna bahasa 'aku' pulak dengan mamat tu. lu kenal dia pun tak. ke anak jiran lu? haha."

"Eleh kau! Biasa lah jantan! Kau asal lembut sangat?" soal Azman dengan kedua2 belah keningnya terangkat. Misha arif sangat gaya Azman bila nak memerli dirinya.

"Bodoh! Aku cakap je la!" pekik Misha."Cepatlah story problem kau kat aku! Apa cer?"

"Oke2. Ini hal Shima. aduh. Susah betul." jawab Azman tunduk dan menggeleng2kan kepala sambil membelek2 kunci kereta di genggamannya.

"Shima? Apa yang susah? Tetiba pulak kau ni!" sampuk Misha.

"Aku pergi rumah dia pagi semalam."

"ha? Buat apa pulak?" tanya Misha terkejut.

"laaa... Semalam kan birthday dia. aku hantar present la bodoh."

Hah? Aduh! Macam mana aku boleh terlupa pulak ni? argh! jerit Misha di dalam hati.

"Oh ok. Lepas tu?" soal Misha meneruskan perbualan.Tapi di kepala otaknya sudah terbayang wajah Shima. Wajah marah dan juga wajah kecewa.

"Bukan main semangat aku nak jumpa dia and bagi present, dia buat dek je depan pagar.. aduh." terang Azman dalam keluhan.

"Eh? takkan dia tak cakap terima kasih kot?"

"Ada memang ada. tapi tu je la. Aku tengok dia senyum macam buat2. macam tak suka sangat kat aku bro. Aku jadi malu nak bagitau dia pasal aku nak ajak dinner. aduh......." sekali lagi Azman mengeluh. Jelas benar kekecewaan yang terpancar di mukanya.

"habis, kau tak jadi la cakap kat dia?"

"tak." Azman menggeleng kepala perlahan.

"Bro, aku rasa Shima terkejut kot. Ye la, kau kan tak pernah datang terjah rumah dia macam tu. kau kena ingat, rumah dia kan rumah bujang. risau pulak dia kalau2 jiran bercakap bukan2.Rileks la bro. Aku rasa kau punya salah jugak."

"Aku pulak? Kau yang bagi aku alamat rumah dia last week kan? Aku expect kau suruh aku pergi rumah dia la!"

"aduh. patut lah lu takde awek, bro. Lembab. Aku bagi tu kot2 kau nak suruh delivery boy hantar bunga ke apa. yang kau pegi hantar sendiri tu kenapa? haish." sebetulnya Misha ingin ketawa tapi ditahannya sahaja mengenangkan sahabatnya itu sedang bersedih.

"Oh ye ke? alah... bunga ni cliche la bro. Asal pompuan je, orang nak bagi bunga. Ceh!" ngomel Azman.

"Hoi Man! Kau tu dah la lembab. Pastu nak buat benda yang tak cliche pulak. aku sepak kang!" teriak Misha sambil menolak dahi Azman.

"aduh. sakit la bangang."

"Tau pun. Geram lah. Kau yang bangang sangat! Lain kali tanya la pada yang pakar dulu!" kata Misha sambil tersengih2.

"Yela. Lain kali aku try lagi. herm, takpelah. aku rasa dah obvious kot aku suka dia. takkan la dia tak nampak lagi kan? hehe," kata Azman sambil melukis senyuman gatal di bibirnya.

"Bang. teh o ais limau satu, teh tarik satu." sampuk mamat pelayan yang datang tiba2.

"Ish budak ni. terkejut aku.nah. Sekali bayar dengan roti berapa? tak sampai lima ringgit kan?" dengan yakinnya Azman menghulur not RM5 dari dalam dompet kulitnya.Mamat pelayan pun berlalu pergi dengan wajah keliru.Mungkin sedang membuat kira2 dalam kepala.

"Haha. Suka hati kau je buat kiraan sendiri. blur gila muka mamat tu. kau ni kurang adab lah! hahaha. Jemput minum. Aku belanja. Lambat pulak roti sampai. Kesian kau kelaparan. Sabar oke? Aku belanja. Don't worry!" kata Misha tersengih2.

"Kau belanja? Haha. Hotak lu!" sambut Azman.


bersambung...............





Tuesday, November 2, 2010

Misha a.k.a Boy episod 6


"Shima, ada mamat tegap dan macho kat luaq dok carik hang! amboi, dh ada marka tak habaq na??" tutur Rubi dengan loghat utaranya yang pekat. Sudah lebih setahun Rubi menjadi rakan serumah Shima di kota metropolitan ini. Namun loghat utaranya tak pernah pudar. Kadang-kadang menjadi satu masalah pulak bagi Shima untuk memahami apa yang dituturkan rakannya itu.

"Mamat mana pulak ni? sejak bila aku bagi alamat rumah aku dekat lelaki? hang biaq betul?" soal Shima kembali. Memang terkadang tergeliat jugak lidah Shima bercakap dengan si Rubi. Semacam virus pulak loghat utara ni buat Shima.

"tu ha, aku dok belek petisurat kat luaq td. ada pulak mamat dok singgah depan pagaq dengan Persona dia. nak kata datang beraya, raya lambat lagi kan? lagipun, kalau hari raya kita kan selalu balik kampung masing2. ni pasepa pulak ni? pelik aku! entah apa lah dia nak. tapi dia kenai hang! Hish. Bukan nak carik aku..."

"Dah2. kau ni mulut kalau bercakap memang macam kereta takde brek kan? menyimpang je ayat dia! Biar aku tengok." pantas sahaja Shima memotong kata2 si Rubi. sebagai seorang wartawan, Rubi sememangnya dilahirkan petah bercakap. Ada sahaja yang ingin dibualkannya setiap saat. dan selagi tiada yang memotong kata2nya, siaplah. khutbah jumaat pun tak dapat mengalahkan jalan ceritanya yang panjang berjela bak filem hindi.

Shima menolak daun pintu depan yang sedikit terbuka itu. "Eh. Azman. Apa pulak yang mamat ni buat kat sini? Macam mana dia tau rumah aku ni? mesti Boy punya kerja. ish." terbit rasa kurang selesa di hati Shima. bukan dia tak beritahu dekat Boy tentang jangan sekali-kali cuba nak merapatkan Azman dengan dirinya. Dia tak suka.

Dengan langkah bersahaja, Shima mendapatkan Azman di depan pagar. "Azman rupanya. Ada apa datang sini pagi2 ni?" soal Shima sambil mengukir senyuman yang dia sendiri arif ia satu keterpaksaan.

"Assalamualaikum, Shima. err, Happy Birthday!" ucap Azman yang bersuara garau sambil tangan menghulurkan teddy bear sebesar bantal yang disorok di belakang badannya sejak tadi.

"Waalaikummussalam. Errr, thanks." ringkas sahaja ucapan Shima. Dia benar2 terkejut dengan keadaan ini. Dengan serta-merta wajah Boy muncul di kotak mindanya. Apa semua ni Boy? berkata Shima dalam hati. Lemah terasa benaknya tika persoalan tersebut terbit dalam fikirannya.



bersambung...............

Friday, October 29, 2010

Misha a.k.a Boy episod 5


Seawal jam 9 pagi henpon Shima berdering. "SMS entah dari siapa pagi2 ni?" rungut Shima.

-Shima,

"herm, Boy." Shima keliru ingin mentafsirkan rasa apa yang ada dalam jiwanya sekarang bila menerima SMS dari Misha. Gembira? Marah? Menyampah?

-kenapa?

-terasa nak SMS awak.

-kenapa?

-x boleh ke?

-awk kan bz.

-ye, bila tak bz sy SMS la.

-hahaha. macm tu rupanya. yela2. awk singgah la kejap kt hati sy ni. kalau bz, awk bole pergi. sy ok je.

-knp awk cakap macam tu?

-eh? apa? sy dh salah cakap ke?

-xde. buat apa tu? x rindu sy? sy rindu awk.

saat ni seperti biasa, Shima cair dan hanyut.

-sy sntiasa rindu awk. cuma tak pasti awk rindu sy ke x. tp sy ttap terus rindu. haish. itulah mslh sy.

-jangan jdkan sy masalah awk.

-dah terlambat.

-sy x layak pn nk jd sbhgn dr masalah awk.

-ye. itu hakikat. tp awk taulah, bila bknaan ht n emosi, manusia bodoh mcm sy ni takut nk mengaku kebenaran.

-manusia mmg xsuka kebenaran. termasuk sy.

-kebenaran itu pahit.

-tp tpksa telan.

-sy benci nk telan. sakit. boleh tercekik.

"ish. kalau dibiarkan, sesi SMS ini mesti ke laut. aku sepatutnya sedang marah dan merajuk!" berkata Shima dalam hati.

-awk, sy nk g mandi. pastu ada keje sikit. len kali msj. bai.

-erm.. ok.

Misha akur. Dia tahu Shima masih panas hati.

"haish. susah2...." keluh Misha menggeleng kepala.


bersambung............

Thursday, October 21, 2010

Misha a.k.a Boy episod 4


"Shima, awak ok tak ni?"

"apasal dtg opis saya ni? saya ok je la. kalaupun saya tak ok, apa kena mengena dengan awak?" jawab Shima sedikit menengking lalu menunduk kembali kepalanya berpura2 fokus dengan fail2 di atas meja.

"hah? erm, saya call semalam awak tak angkat. SMS pun x reply. kenapa? marahkan saya? boleh kita turun kejap? teman saya lunch."

"malas lah. saya dah kenyang. awak pergi la makan sorang2. ok?"

"Shima, janganlah macam ni. Err..Saya ada benda penting nk bagitau awak ni. jom la..." pujuk Misha sambil mengusap2 bahu Shima.

Shima memang mudah cair dengan apa jua cara pujukan Misha.

"Bila hati dah sayang,.." bisik Shima dalam hati.

" lagipun, ada perkara penting ingin dibicarakan Boy. Manalah tahu, Boy sudah berubah fikiran" bisiknya lagi.

*****************************************************

"Awak, thanks teman saya makan. Masih marahkan saya?"

"Siapa marahkan awak?"

"Saya rasa awak marahkan saya sebab kes hari tu. kalau tak, takkan la awak x angkat fon. kan? Shima, kita dah lama kenal. saya tau bila masa awak marah, gembira dan sedih. saya tahu."

"Awak tahu, tapi awak tak faham. kan?" soal Shima seolah memerli.

"Erm, awak... kelmarin saya jumpa Azman. Dia kirim salam kat awak. Dia cakap dia rin.."

"Boy, kalau itu perkara penting yang awak nak cakap, just stop it! Saya tau la apa awak cuba lakukan. Dah cukup saya bertahan awak taknak terima saya, tapi tak payahlah nak sibuk2 jodohkan saya dengan orang lain. saya tak suka!" bentak Shima sambil bangun dari kerusi lalu terus meninggalkan Misha.

bersambung....