Thursday, November 11, 2010

Misha a.k.a Boy episod 9


"Assalammualaikum Shima, Happy Birthday!" Anum menghulurkan tangan lalu memeluk Shima.

"Waalaikummussalam Anum, Rosdi. Thanks lah datang. Amboi, datang berdua nampak." senyum Shima sinis.

"Masuklah ye. Buat macam rumah sendiri. U ni mesti dah lapar kan, Anum??" perli Shima.

"Eh. Mestilah. Kenyang buat apa datang.hahaha~"

"Ceh!"

Entah dari mana Rubi datang mendapatkan Shima yang tegak berdiri di depan pagar seraya bertanya, " Eh Shima. semua dah sampai ke tetamu hang ni? dok tunggu siapa lagi tu?"

"Err... Hang jemput Boy kan? dia tak datang ke?" soal Shima tergagap2.

"Hah. tunggu jugak rupanya.ingatkan dah marah sangat. tak tau lah. dia kata inshaAllah ja pun. sat lagi kot. jalan jammed kot. lagipun baru pukui 8 ni. on the way la tu. awat tak SMS ja? call ka? kan senang." jawab Rubi panjang lebar.

Rubi tahu segalanya tentang Shima dan Misha a.k.a Boy. Walau kelihatan agak konservatif, Rubi bukanlah seorang yang menafikan hak Shima untuk berbuat apa yang Shima suka. lagi2 bab2 peribadi.Dia tahu betapa Shima menyayangi Misha yang dianggap sebagai satu2nya 'lelaki' yang telah menambat hatinya.

"Hang lah SMS dia." Shima menghulurkan henponnya.

"Ish hang ni. taip mesej pun dah tak reti?"

Rubi lantas menekan2 keypad henpon itu dengan muka yang serius. Dalam masa kurang dari 5 minit, kedengaran tona bunyi SMS masuk. setelah merenung sejenak apa yang sedang dibaca, Rubi menghulurkan kembali henpon ke tangan Shima.

"Nah. Baca." serta merta Rubi berlalu masuk ke dalam rumah.

Kelakuannya menimbulkan rasa pelik di hati Shima. Shima meneliti kiriman SMS balasan dari Misha.



Ini siapa? I gf Boy. Dia bz. Ada pesanan?


Hati Shima hancur luluh. Dan malam itu Shima merasakan, adalah malam sambutan harijadi yang paling malang baginya.

*****************************************

"Angie? Hey, dari mana pulak u muncul ni?" soal Misha kehairanan.

"Dari luar lah. Patutlah tak reply SMS. Mandi rupanya." senyum Angie.

Dengan hanya berbaju T dan tuala, Misha duduk di sofa ruang tamu lalu mencapai henpon di atas meja kaca.

"Angie, U baca SMS i ke td?" soal Misha.

"Erm ye lah. tak boleh ke? Sejak bila pulak u berahsia sangat?" soal Angie kembali.

"Itu barang i. Personal. tak payah la nak sibuk2. Okey?" Misha meninggikan suaranya.

Tidak sampai lima belas minit Misha ke tandas, Angie sudah memandai2.

"Kenapa ni Boy? U marah sebab i masuk ke? I'm Sorry. Pintu rumah u tak kunci tadi. I takut jadi apa2 kat u, I pun masuklah." tangan Angie lembut megurut2 bahu Misha.

"U, i serabutlah!. U balik lah oke?. I banyak kerja ni. Lain kali datang rumah i boleh tak bagitau dulu? Rumah i tempat i nak bersendiri. tak suka orang datang2 la. I banyak kerja nak buat. serabut. I mintak tolong sangat2, u balik oke?" pinta Misha dalam nada sedikit tegas tetapi penuh hormat.

"Tapi i bosan lah kat rumah." ucap Angie dengan nada manja.

"No, i bz ni. tolong faham. Jangan sampai i halau u keluar," Misha bangun dari kerusinya lalu memandang tepat ke muka Angie.


Misha sebetulnya tidak faham dengan perangai Angie. Dia mengenali Angie di bar. Angie baru beberapa minggu putus dengan tunangnya yang juga berketurunan Cina seperti Angie. Dulu semasa Misha beriya2 mengejar Angie, dia diperlakukan seperti tahi. dipandang jijik oleh Angie. tapi setelah Angie tak punya siapa2, lantas dirinya menjadi tempat untuk mengadu kasih. Bagi Misha, itu adalah keterlaluan. Sekali insan sepertinya dihina, langsung tak mudah untuk dia memaafkan.

Setelah Angie berlalu pergi, Misha membelek2 henponnya. "Entah apa yang si Angie ni balas ke Shima. haish!" Misha menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. memang Misha berniat nak ke birthday party Shima. Malah hadiah juga telah dia sediakan. Tujuannya untuk memohon maaf kerana tidak wish birthday. Tapi nampaknya Misha terpaksa membatalkan niatnya untuk ke parti Shima. . Semua kerana Angie. Dia pasti Angie sudah menghantar SMS yang bukan2 kepada Shima.Lagipun dia pasti, kehadirannya bakal menghilangkan mood ceria Shima di parti itu nanti.


"Macam manalah boleh lupa kunci pintu tadi.." keluh Misha.



bersambung....

No comments: