Tuesday, November 2, 2010

Misha a.k.a Boy episod 6


"Shima, ada mamat tegap dan macho kat luaq dok carik hang! amboi, dh ada marka tak habaq na??" tutur Rubi dengan loghat utaranya yang pekat. Sudah lebih setahun Rubi menjadi rakan serumah Shima di kota metropolitan ini. Namun loghat utaranya tak pernah pudar. Kadang-kadang menjadi satu masalah pulak bagi Shima untuk memahami apa yang dituturkan rakannya itu.

"Mamat mana pulak ni? sejak bila aku bagi alamat rumah aku dekat lelaki? hang biaq betul?" soal Shima kembali. Memang terkadang tergeliat jugak lidah Shima bercakap dengan si Rubi. Semacam virus pulak loghat utara ni buat Shima.

"tu ha, aku dok belek petisurat kat luaq td. ada pulak mamat dok singgah depan pagaq dengan Persona dia. nak kata datang beraya, raya lambat lagi kan? lagipun, kalau hari raya kita kan selalu balik kampung masing2. ni pasepa pulak ni? pelik aku! entah apa lah dia nak. tapi dia kenai hang! Hish. Bukan nak carik aku..."

"Dah2. kau ni mulut kalau bercakap memang macam kereta takde brek kan? menyimpang je ayat dia! Biar aku tengok." pantas sahaja Shima memotong kata2 si Rubi. sebagai seorang wartawan, Rubi sememangnya dilahirkan petah bercakap. Ada sahaja yang ingin dibualkannya setiap saat. dan selagi tiada yang memotong kata2nya, siaplah. khutbah jumaat pun tak dapat mengalahkan jalan ceritanya yang panjang berjela bak filem hindi.

Shima menolak daun pintu depan yang sedikit terbuka itu. "Eh. Azman. Apa pulak yang mamat ni buat kat sini? Macam mana dia tau rumah aku ni? mesti Boy punya kerja. ish." terbit rasa kurang selesa di hati Shima. bukan dia tak beritahu dekat Boy tentang jangan sekali-kali cuba nak merapatkan Azman dengan dirinya. Dia tak suka.

Dengan langkah bersahaja, Shima mendapatkan Azman di depan pagar. "Azman rupanya. Ada apa datang sini pagi2 ni?" soal Shima sambil mengukir senyuman yang dia sendiri arif ia satu keterpaksaan.

"Assalamualaikum, Shima. err, Happy Birthday!" ucap Azman yang bersuara garau sambil tangan menghulurkan teddy bear sebesar bantal yang disorok di belakang badannya sejak tadi.

"Waalaikummussalam. Errr, thanks." ringkas sahaja ucapan Shima. Dia benar2 terkejut dengan keadaan ini. Dengan serta-merta wajah Boy muncul di kotak mindanya. Apa semua ni Boy? berkata Shima dalam hati. Lemah terasa benaknya tika persoalan tersebut terbit dalam fikirannya.



bersambung...............

No comments: