Thursday, November 4, 2010

Misha a.k.a Boy episod 7



Helo.

Helo, Boy. Buat apa tu? lepak jom. bosan lah.

Hah? sejak bila time kau bosan pandai nak ajak aku keluar pulak ni? kelakar doh!

aku serius la. bosan!

Yeke? tapi bunyi kau ni macam ada problem je. kan?

Err, lu ni Misha. dari dulu memang macam ahlil nujum tahu? ye. ada problem sikit. jom ah lepak. aku belanja mamak. oke?

Amboi. asal aku je, mamak. asal mamak je aku. ok2. kau belanja kan? aku no hal. haha. 20minit boleh? nak mandi la. panas ni. haih.

Cepat ah sikit. jumpa kt mamak bawah kondo kau. oke?

ok. no hal.


*********

"Haaa.... pe cer bro? buat terkejut aku je.sedap2 aku layan muvi tadi. haih. kacau betul!". Memang sudah menjadi rutin Misha menonton DVD setiap malam Ahad sebelum tidur.

"jap ah. order dulu.... Ane!" teriak Azman memanggil mamat pelayan sambil mengangkat tangan yang bisepsnya boleh tahan besar. Siang malam Azman lebih selesa mengenakan baju tanpa lengan. Azman memang obses dengan badan sendiri. nak nampak macho katanya. tapi awek sorang pun tak pernah ada.

"aku rasa mamat tu Melayu la. asal kau panggil ane? haha." gelak Misha.

"ah. peduli apa. Nama pun kedai mamak. yang pergi tibai ambik budak Melayu kerja tu asal? hahaha" sambung Azman ketawa berdekah2.

"Ye bang? Order?" soal mamat pelayan dengan santun.

"hah. Kau nak apa Boy?"

"Erm, Teh tarik kurang manis. Roti Canai telur dua."

"Ceh. Sial. Buat muka serius pulak order. Aku hempuk kang!"

"Hahaha. mesti la Serius. Orang nak belanja kan? haha."

"Yela. Ane! Eh, adik. Aku nak Teh O ais limau. Makan tanak."

"Ok bang!" kata mamat pelayan sambil membuat isyarat 'thumbs up'.

"Bro, lu agak2 ah nak guna bahasa 'aku' pulak dengan mamat tu. lu kenal dia pun tak. ke anak jiran lu? haha."

"Eleh kau! Biasa lah jantan! Kau asal lembut sangat?" soal Azman dengan kedua2 belah keningnya terangkat. Misha arif sangat gaya Azman bila nak memerli dirinya.

"Bodoh! Aku cakap je la!" pekik Misha."Cepatlah story problem kau kat aku! Apa cer?"

"Oke2. Ini hal Shima. aduh. Susah betul." jawab Azman tunduk dan menggeleng2kan kepala sambil membelek2 kunci kereta di genggamannya.

"Shima? Apa yang susah? Tetiba pulak kau ni!" sampuk Misha.

"Aku pergi rumah dia pagi semalam."

"ha? Buat apa pulak?" tanya Misha terkejut.

"laaa... Semalam kan birthday dia. aku hantar present la bodoh."

Hah? Aduh! Macam mana aku boleh terlupa pulak ni? argh! jerit Misha di dalam hati.

"Oh ok. Lepas tu?" soal Misha meneruskan perbualan.Tapi di kepala otaknya sudah terbayang wajah Shima. Wajah marah dan juga wajah kecewa.

"Bukan main semangat aku nak jumpa dia and bagi present, dia buat dek je depan pagar.. aduh." terang Azman dalam keluhan.

"Eh? takkan dia tak cakap terima kasih kot?"

"Ada memang ada. tapi tu je la. Aku tengok dia senyum macam buat2. macam tak suka sangat kat aku bro. Aku jadi malu nak bagitau dia pasal aku nak ajak dinner. aduh......." sekali lagi Azman mengeluh. Jelas benar kekecewaan yang terpancar di mukanya.

"habis, kau tak jadi la cakap kat dia?"

"tak." Azman menggeleng kepala perlahan.

"Bro, aku rasa Shima terkejut kot. Ye la, kau kan tak pernah datang terjah rumah dia macam tu. kau kena ingat, rumah dia kan rumah bujang. risau pulak dia kalau2 jiran bercakap bukan2.Rileks la bro. Aku rasa kau punya salah jugak."

"Aku pulak? Kau yang bagi aku alamat rumah dia last week kan? Aku expect kau suruh aku pergi rumah dia la!"

"aduh. patut lah lu takde awek, bro. Lembab. Aku bagi tu kot2 kau nak suruh delivery boy hantar bunga ke apa. yang kau pegi hantar sendiri tu kenapa? haish." sebetulnya Misha ingin ketawa tapi ditahannya sahaja mengenangkan sahabatnya itu sedang bersedih.

"Oh ye ke? alah... bunga ni cliche la bro. Asal pompuan je, orang nak bagi bunga. Ceh!" ngomel Azman.

"Hoi Man! Kau tu dah la lembab. Pastu nak buat benda yang tak cliche pulak. aku sepak kang!" teriak Misha sambil menolak dahi Azman.

"aduh. sakit la bangang."

"Tau pun. Geram lah. Kau yang bangang sangat! Lain kali tanya la pada yang pakar dulu!" kata Misha sambil tersengih2.

"Yela. Lain kali aku try lagi. herm, takpelah. aku rasa dah obvious kot aku suka dia. takkan la dia tak nampak lagi kan? hehe," kata Azman sambil melukis senyuman gatal di bibirnya.

"Bang. teh o ais limau satu, teh tarik satu." sampuk mamat pelayan yang datang tiba2.

"Ish budak ni. terkejut aku.nah. Sekali bayar dengan roti berapa? tak sampai lima ringgit kan?" dengan yakinnya Azman menghulur not RM5 dari dalam dompet kulitnya.Mamat pelayan pun berlalu pergi dengan wajah keliru.Mungkin sedang membuat kira2 dalam kepala.

"Haha. Suka hati kau je buat kiraan sendiri. blur gila muka mamat tu. kau ni kurang adab lah! hahaha. Jemput minum. Aku belanja. Lambat pulak roti sampai. Kesian kau kelaparan. Sabar oke? Aku belanja. Don't worry!" kata Misha tersengih2.

"Kau belanja? Haha. Hotak lu!" sambut Azman.


bersambung...............





No comments: