Sunday, November 14, 2010

Misha a.k.a Boy episod 10



"hello, makcik! hehe. awal sampai?" sergah Anum dari belakang. Shima yang dari tadi melayan perasaan dengan biskut Tiger cicah milo, tersentak.

"biasa je la. u yang lewat ni kenapa?" Shima sedikit hairan kerana jarang2 sekali Anum datang lewat ke pejabat.

"alah, bukan hari Isnin pun. ni semua salah u." secara tiba2 nada dan raut wajah Anum berubah menjadi sedikit serius.

"eh eh? apesal lak?" soal Shima kehairanan.

"ye la, buat birthday parti hari Isnin. malam pulak tu. bila i kenyang, memang berat la nak bangun awal pergi opis. haha!" seloroh Anum.

"laa, ada2 je u ni. nasib bos tak cari u." Shima mengurut2 dadanya.

"alah, i tau la. bos kan strict hari Isnin je. hehe," bisik Anum sambil kepalanya menoleh ke kiri kanan takut2 ada kelibat bos.

Shima senyum melihat telatah Anum. Anum memang belum pernah gagal menceriakan hari2 rakan2 sepejabatnya. Ada sahaja telatahnya yang menghiburkan hati mereka.


**********************

"Maaf la Joe, aku tak boleh ambik la job tu. berat. aku tengah serabut. banyak kerja, problem. haish." Misha cuba menolak pelawaan Joe.

"Eh Boy. Tapi aku suka hasil kerja kau beb. lagipun ini sepupu aku punya wed. Kau pun dah kenal Azlin kan? Yang lagi satu tu kebetulan kawan dia punya majlis cukur jambul baby. hari Ahad esoknya. Aku tau kau boleh buat punya lah. Kau boleh stay umah sewa Azlin yang kosong tu.

Joe merupakan salah seorang klien Misha a.k.a Boy. semenjak Joe menggunakan khidmat Misha untuk menjadi fotografer di majlis perkahwinannya,Joe selalu rekemen Misha kepada ahli keluarga dan kawan2nya yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Joe juga selalu mempelawa Misha lepak-lepak di kedai bukunya. Ini kerana dia tahu Misha minat membaca. Dahulunya, Joe seorang penulis. Lebih tepat, novelis. tetapi dia sekarang sudah buka syarikat sendiri. Syarikat penerbitan buku.


"Aku kenal. Tapi biar aku fikir dulu okey?"

"Erm, ok. Harap2 kau nak lah. Lagipun, Kuching tu best what. since kau cakap yang kau tengah serabut, aku boleh je ajak kau pergi jalan2 makan angin.Hilangkan serabut kau tu sikit. hehe."

"Hah? Macam2 lah kau ni Joe,"

"Hah! Makan seafood pun best!. Amacam?" cadang Joe lagi.

Misha hanya tersenyum pahit.

"Erm, takpelah. kalau ada apa2, kau call je aku ok? Tapi memang serius aku tak fikir siapa2 dah bila Azlin suruh aku rekemen kan fotografer untuk wed dia tu. Kau je dalam kepala otak aku ni. haha. Ok beb. Aku gerak dulu. Bye!" Joe berlalu keluar dari kedai Misha.

"Ok Bye."

"Betul apa yang Joe cakap tadi tu. Aku rasa aku perlu pergi suatu tempat untuk tenangkan fikiran. Haish. Masalahnya, entah apa yang serabutkan aku pun aku tak tau," berkata Misha dalam hati. Dia sebenarnya sangat tidak pasti sama ada apa yang difikirannya adalah sama seperti apa yang ada di dalam hatinya. Benarkah dia tak mengetahui apa yang telah serabutkan kepalanya? Tiada jawapan.


bersambung.............

No comments: